4 Tip Supaya Tidak Lemau Ketika Berpuasa - Abang Terlajak Laris


4 Tip Supaya Tidak Lemau Ketika Berpuasa


1. Jangan terlepas sahur

Sahur itu ada keberkatannya, walaupun sekadar hanya memakan sebiji buah kurma. Sahur juga memberi kita bekalan tenaga untuk mengharungi waktu berpuasa tanpa makan dan minum.

2. Minum 3 gelas air kosong ketika sahur

Sekurang-kurangnya kita harus meminum 3 gelas air kosong untuk memastikan badan kita tidak terhidrat sepanjang berpuasa. Lagi banyak lagi bagus tapi janganlah melampau sangat sampai 10 gelas.

3. Tidur sekejap selepas Zuhur

Sekiranya anda mempunyai masa terluang atau diberi sedikit kelonggaran oleh boss sepanjang Ramadhan ini, pastikan anda mengambil kesempatan untuk tidur sekejap selepas solat Zuhur. Dapat tidur dalam 20 minit pun jadi. Ia akan meng”recharge” kembali badan untuk rasa kembali bertenaga. Penat berpuasa pun akan hilang.

4. Berbuka ala kadar

Kalau boleh berbuka itu ala kadar sahaja. Nasi sepinggan beserta satu dua lauk pun dah cukup. Paling penting jangan sampai membazir membeli lauk berbuka di bazar Ramadhan dengan kuantiti yang terlalu banyak.

No comments

Powered by Blogger.