5 ‘Suplemen’ Semulajadi Untuk Kulit Cantik & Cerah, Walaupun Kesannya Lambat Tiada Kesan Buruk - Abang Terlajak Laris


5 ‘Suplemen’ Semulajadi Untuk Kulit Cantik & Cerah, Walaupun Kesannya Lambat Tiada Kesan Buruk


Selain mewarisi gen cerah dari salur galur keturunan kita atau membuat rawatan di spa, ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mencerahkan kulit. Caranya mudah saja melalui pemakanan. Walaupun kesannya lambat tapi tiada kesan buruk di kemudian hari.

1. Strawberi

Segelas air strawberi mengandungi 130 peratus vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Kolagen berfungsi untuk membantu kulit stabil dan lembut. Semakin banyak vitamin C yang diambil, semakin sedikit garis-garis halus muncul di kulit.

2. Tomato

Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang mengambil puri tomato sebanyak lima sudu dalam tempoh tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinaran matahari. Selain kaya likopen, buah tomato juga merupakan makanan yang boleh menjadikan kulit memiliki lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit menjadi kendur.

3. Daun Salad

Setiap enam helai daun salad mengandungi 100 peratus vitamin A. Vitamin ini berfungsi untuk meremajakan kulit dengan cara meningkatkan penggantian sel. Di samping itu, salad juga mengandungi kalium yang dapat menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

4. Soya

Soya adalah makanan yang kaya dengan isoflavon.  Sebuah penyelidikan mendapati bahawa kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia 30 hingga 40 tahun.  Oleh itu, banyakkan mengambil soya setiap hari.

6. Epal

Kulit buah epal banyak mengandungi quercetin, iaitu antioksida yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran sinar ultraviolet (penyebab berlakunya kanser kulit).

Sumber: Hijabista

No comments

Powered by Blogger.