7 Tip Buat Hubungan Suami Isteri Jarak Jauh Terasa Dekat - Abang Terlajak Laris


7 Tip Buat Hubungan Suami Isteri Jarak Jauh Terasa Dekat


Pekongsian oleh Najahtul Iylia Hj Mohd Nor (Najah),

Ini tips suami isteri jarak jauh dan bekerja. Rindu suami isteri ni sangat kuat so sesekali lapangkan masa bercuti bersama lupakan tugas dan tips ni sangat berguna.

1. Komunikasi: kalau sibuk, saya dan suami wajib call sehari walau sekali. Tips yang kami dah janji dari kami bergelar suami isteri. Busy macam mana pon, salah sorang perlu call untuk lepas rindu dan tanya khabar dalam PJJ kami ni. Kalau tak busy, kami ber whatsapp/ facebook sharing any update info each other.

2. Berdiam: jika ada something happen dalam hubungan suami isteri atau kepenatan dalam aktiviti harian , kami pilih untuk berdiam seketika. Pada kami “silence is golden” so tips ini memang kami praktikkan untuk mengelak berlakunya salah faham dan dingin & ianya kembali natural dalam beberapa detik alhamdulillah.

3. Percaya : status PJJ kami, kami letakkan kepercayaan. Percaya dalam apa jua. Support each other dan kami sangkal negetif yang ada dalam mencari kemanisan bersama. Kami elakkan aura negatif sebab pada kami, kami pilih sendiri pasangan hidup jadinya, kami sendiri bentuk kepercayaan.

4. Memasak: PJJ memang tak selalu makan bersama. Jadinya bila cuti, kami ke dapur sama sama. Kadang-kadang saya masak, kadang-kadang suami masak. Alhamdulillah tips ni sangat penting, masakan ni boleh buat pasangan kita rindu bila jauh.

5. Travel: saya dan suami akan bercuti bersama dan meletakkan tepi soal kerja. Waktu ni la dapat lepaskan apa terbuku, terpendam semasa berjauhan dan waktu ni lah menguatkan ikatan kami. Moment di setiap tempat kami pergi berbeza jadinya kami ambil moment tu bila kami rindu 🙂

Kadang-kadang cuti kami, kami habiskan masa untuk travel dan cuti cuti makan di negeri negeri berhampiran memandangkan suami saya dan saya suka makan. Suami dan saya more to lauk melayu.

Jadinya tips suami isteri yg PJJ ni hanya memerlukan privasi dan masa. Kadang-kadang bila kami bercuti, kami letak tepi soal kerja untuk kami habiskan saat manis kami.

6. Gambar: selalunya bila travel berdua tak kisah di Malaysia / luar Malaysia, kami explore tempat cantik. Memandangkan kami suka ambil gambar. suami saya suka ambil gambar saya. Dulu saya tak paham kenapa setiap pelusuk dia nak ambil gambar saya rupanya gambar itu kenangan untuk dia dan saya bila berjauhan. Gambar gembira saya buatkan dia tenang bila rindu dan macam tu juga bila saya lihat usaha suami saya ambil gambar saya .

7. Solat, tawakkal & doa: inilah tips yang kami beratkan. Bila jauh, sorang pon tak tahu hanya Allah yang tahu dan dengar. Bila luah, lega sedikit rasa.

Sumber/Foto: Instagram Najahtul

No comments

Powered by Blogger.