Amalkan Minum Air Ini Untuk Pelbagai Khasiat Kesihatan - Abang Terlajak Laris


Amalkan Minum Air Ini Untuk Pelbagai Khasiat Kesihatan


Perkongsian oleh SuzyHoney

Resepi

2 atau 3 sudu besar bijiran barli
2 biji kurma cina
1 helai daun pandan.
Di rebuskan dgn setengah liter air
Biarkan dengan api perlahan sehingga menggelegak.

**saya topup madu bila minum, boleh juga ganti gula dan saya topup juga rose buds alang alang bahan dah ada.


*Barli -merupakan sejenis bijiran yang kaya dgn vitamim mineral semulajadi / boleh membantu membakar lemak secara cepat bagi proses penurunan berat badan/ menurunkan paras kolestrol / masalah kencing kotor / menyejukkan tubuh / cantikkan kulit.

*Kurma Cina – bagus untuk proses penyembuhan dal badan terutama jika lepas bersalin / atau sakit2 yang serius. Bagus utk saraf dan pelbagai khasiatnya.

*Daun Pandan – bukan sekadar penyedap bau masakan sahaja tetapi ada khasiatnya yg tersendiri ! Banyak sangat khasiatnya antaranya awet muda / membersihkan usus / membuang angin dalam badan / Bagus utk org berpenyakit Insomnia / stress.

Sangat mudah dan jimat !

No comments

Powered by Blogger.