Asam Pedas Daging Tetel, Sedapnya! - Abang Terlajak Laris


Asam Pedas Daging Tetel, Sedapnya!


Bahan bahan

1 kg daging tetel
15 atau20 tangkai cili kering*
Bawang merah kecil 4 biji *
Bawang putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka (saya guna sikit jer, tak suka manis sangat)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai ketuk

Cara Cara

1. Rendam dlm air panas cili kering, jintan & lada hitam.

2. Kisar bahan2 bertanda * sehingga halus.

3. Panaskan minyak tumis bahan bahan yang dikisar tadi sampai garing.

4. Masukkan daging tetel, masak sampai keluar air daging tadi.

5. Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut.

6. Rasakan dengan garam dan gula melaka, masak sampai daging empuk.

*Boleh jugak kalau nak rebus daging tetel dulu, air rebusan jangan dibuang boleh masukkan dalam kuah nanti.


Resepi: Zaimah Zakaria

No comments

Powered by Blogger.