Azam Berhenti Merokok Puasa Tahun Ini, 8 Makanan Ini Boleh Bantu Anda - Abang Terlajak Laris


Azam Berhenti Merokok Puasa Tahun Ini, 8 Makanan Ini Boleh Bantu Anda


Khas kepada perokok, pernah tak anda berazam untuk berhenti merokok setiap kali tibanya bulan Ramadan, dan azam tadi hanyalah sekadar azam yang tinggal kenangan.

Beberapa makanan yang mungkin dapat membantu anda berhenti merokok.

1. Susu

Kajian telah membuktikan bahawa mengambilan susu sebelum merokok dapat membantutkan selera merokok anda. Selain daripada itu, mereka yang ketagih kepada nikotin juga boleh cuba mengambil produk tenusu yang lain seperti keju atau yogurt.

2. Halia

Aroma dari halia ini dapat membantu anda mengurangi keinginan merokok. Cara paling mudah, masukan hirisan halia ke dalam secawan teh dan minum. Ini akan membantu anda melawan selera merokok anda.

3. Kayu Manis

Kayu manis juga dapat membantu menghilangkan selera merokok. Potong kayu manis menjadi kepingan kecil dan kunyah setiap kali anda rasa mahu merokok.

4. Vitamin C

Menghisap rokok boleh menghilangkan vitamin c dalam badan, oleh itu sebaiknya anda mengambil makanan yang kaya dengan sumber vitamin c untuk menghilangkan ketagihan merokok. Contohnya seperti lemon, oren, jambu batu atau strawberi.

5. Gula-gula getah

Menguyah gula-gula getah merupakan salah satu kaedah untuk memerangi keinganan merokok. Selain daripada itu, jauhkan juga kafein, alkohol dan daging merah jika anda mahu berhenti merokok.

6. Madu

Madu juga dapat membantu anda berhenti merokok secara alami. Vitamin dan protein yang ada dalam madu boleh membantu menghilangkan ketagihan merokok.

7. Air Mineral

Ubat paling mudah untuk mengelak keinginan merokok anda ialah minum air dengan banyak. Jadikan minum air mineral sebagai amalan. Bukan sahaja dapat mengurangkan keinginan merokok, malah baik untuk kesihatan.

8. Lobak Merah

Minum jus lobak merah dicampur sedikit madu 2 kali sehari juga dapat membantu anda mengurangkan keinginan untuk merokok. Selain daripada itu, jus lobak merah ini baik untuk mata dan kesihatan jantung.

Sumber: The Vocket

No comments

Powered by Blogger.