Bau Daripada Serai Mampu Mengubati Pelbagai Penyakit - Abang Terlajak Laris


Bau Daripada Serai Mampu Mengubati Pelbagai Penyakit


Serai mempunyai antibiotik khas boleh menghalang bakteria Staphylococcus aureus iaitu bakteria yang sering dijumpai dalam hidung, saluran pernafasan dan pada kulit. Selain itu, serai juga mampu memperbaiki kadar kolesterol, melancarkan detoks dan meningkatkan imunisasi badan. 

Ekstrak minyak pati untuk aromaterapi dan minyak sapu. Pelega untuk masalah penghadaman, muntah, batuk, keletihan dan banyak lagi. Hanya sapu sahaja minyak dari ekstra serai pada bahagian tubuh yang tidak selesa, ia menyerap dan menghantar kesan kelegaan. Efek sejuk dari minyak serai juga melegakan badan ketika cuaca panas dan melancarkan peredaran darah. 

Memakai minyak serai pada kulit dapat menegangkan kulit kendur dan mengecutkan jerawat. Kualiti antiseptik dan kesan pada tisu kulit yang optimum menjadikan serai boleh menjadi pembersih untuk masalah kulit berminyak dan berjerawat. Ia bukan sahaja merawat bahagian yang bermasalah malah mencantikkan warna kulit yang tidak sekata. 

Sumber: Wanista

No comments

Powered by Blogger.