Berkat Amalkan Jus Gabungan Bahan Semulajadi Ini, Sakit Jantung Tersumbat Kembali Pulih - Abang Terlajak Laris


Berkat Amalkan Jus Gabungan Bahan Semulajadi Ini, Sakit Jantung Tersumbat Kembali Pulih


Perkongsian oleh Siti Safarliyana,

Assalammualaikum,
Harini rasa macam nak share something yang sangat berguna untuk kita amalkan hari hari. 

Bulan lepas tiba tiba mak kena serangan sakit jantung, bila masuk hospital doc suspek mak jantung tersumbat ikut dari tahap kesihatan mak masa tu. Doc. suruh balik dulu dan lpas sebulan pi hospital balik untuk buat angiogram. Masa balik dari hospital tu ada sorang kak ni bagi saya petua Jus Jantung untuk amalkan hari hari. Lepas tu saya buat kat mak dan kami 1 family amalkan. Dan mak dah amalkan selama sebulan sebelum pi hospital balik. Alhamdulillah semalam mak dah menjalani ujian angiogram dan doc. Kata saluran darah semua berjalan lancar, Syukur Alhamdulillah, kita hanya ikthiar apa yang terbaik..

Di bawah ni saya share resepi Jus Jantung yang kami amalkan. Boleh share jika anda semua nak sihat.

Sukatan Ramuan (Untuk kisar)

1 cawan jus lemon (2biji lemon)
1 cawan jus halia (1 ketul besar)
1 cawan jus bawang putih (1 labu)
1 cawan cuka epal
1 cawan madu asli

Setiap bahan dikisar dengan 1 cawan air, kecuali madu & cuka epal tak perlu tambah air. 

Cara Masakan

Semua bahan diatas kecuali madu asli di masukkan dalam satu periuk setelah dikisar dan ditapis. 

Masak bahan-bahan berikut dengan api yang kecil selama 45-50 minit. 

Pada masa yang sama, jangan berhenti kacau ramuan tersebut supaya ianya tidak melekat pada permukaan periuk (atau berkerak). 

Setelah 45 minit atau sukatan menjadi 3 cawan, tutup api dan sejukkan. Kemudian campurkan madu asli dan kacau sehingga sebati. 

Setelah ramuan tersebut sebati, simpan dalam bekas yang tertutup.

*Jus ini boleh disimpan selama sebulan atau lebih di dalam peti ais. 

Bagaimana nak minum Jus Jantung ini?

Untuk mereka yang sudah ada penyakit jantung atau kolesterol tinggi dan jika anda tiada gastrik, boleh amalkan 1 sudu makan selepas bangun tidur (ketika perut kosong). Pastikan anda wajib ambil sarapan selepas minum 1 sudu Jus Jantung. 

Jikalau anda ada gastrik, anda kena makan dulu sebelum ambil 1 sudu Jus Kolesterol. Bagi yang masih sihat dan inginkan amalan pemakanan sihat, boleh amalkan dengan 1 sudu teh jus kolesterol. 

InshaAllah, boleh amalkan setiap hari dan lihat perubahan dalam tempoh 30 hari. 

Apakah khasiat Jus Jantung ?

– Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
– Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
– Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
– Menurunkan tekanan darah tingi
– Melancarkan peredaran darah
– Menurunkan kadar gula untuk pesakit diabetes
– Melawaskan penghadaman
– Merawat sakit dada
– Merawat asthma, resdung, gout
– Menambah tenaga
– Membuang angin dalam badan
– Membuang kahak dan mencairkan lemak
– membantu melegakan sakit kepala
– Melegakan kebas tangan dan kaki

No comments

Powered by Blogger.