Buat Sendiri Ayam Bakar Madu Mayonis, Lebih Jimat & Sedap Untuk Berbuka - Abang Terlajak Laris


Buat Sendiri Ayam Bakar Madu Mayonis, Lebih Jimat & Sedap Untuk Berbuka


Bahan-bahan:

8-10 ketul kepak ayam
4cm halia - parut
4 ulas bawang putih - parut
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula perang
1 sudu kecil blackpepper
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
2 ½ sudu besar mayonis
Butter atau minyak zaitun atau minyak masak
garam

Cara:

●Basuh bersih kepak ayam. Ketepikan.
●Gaul kepak ayam dengan semua bahan kecuali minyak zaitun atau butter. 
●Perap 4jam atau lebih. Seeloknyer semalaman.
●Panaskan oven suhu 180. Alaskan loyang dengan aluminium foil.
●Susun kepak ayam dan renjis ranjiskan dengan minyak zaitun atau letak sedikit butter di atas ayam.
●Bakar selama 45min-1jam atau hingga keperangan.

No comments

Powered by Blogger.