Cara Mudah Elak Habuk Melekat Pada Kipas - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Elak Habuk Melekat Pada Kipas


Perkongsian oleh Alosnida Musa,

Caranya:

1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.

3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan.

4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.

5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

7. Ulangi semula, 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.


No comments

Powered by Blogger.