Cara Sediakan Koktail Buah Yang Super Sedap Untuk Berbuka Puasa - Abang Terlajak Laris


Cara Sediakan Koktail Buah Yang Super Sedap Untuk Berbuka Puasa


Bahan-Bahan

2 tin susu cair
1 tin laici / longan 
1 tin buah untuk koktail
Buah anggur & stawberry
Nata de coco
Sumi Jelly
Sedikit bahan perasa (gula dan garam)
Nak tambah buah-buah lain pun boleh

Cara-Cara 

Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain), buah campuran koktail.

Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.

Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).

Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.

Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.

Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.

Sumber: Viral Oh Viral

No comments

Powered by Blogger.