Cuba Kelainan, Buat Rendang Ikan Tongkol - Abang Terlajak Laris


Cuba Kelainan, Buat Rendang Ikan Tongkol


Bahan A:

1 ekor ikan tongkol ~ dipotong
3 cawan santan ~ dari sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
3 helai daun limau purut ~ dikoyak
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan B ~ dikisar

15 tangkai cili kering
5 bj cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis

Cara:

Potong ikan dan bersihkan.

Panaskan minyak dan tumis bahan B. Kacau sehingga pecah minyak.

Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur.

Masak hingga pecah minyak dan pekat.

Masukkan daun kunyit, Kacau rata dan angkat.

Sedia dihidangkan.

Resepi oleh: : K. Hanieliza

No comments

Powered by Blogger.