Doktor Ini Kongsikan Makanan Terbaik Untuk Sahur & Berbuka Puasa Bagi Wanita Hamil - Abang Terlajak Laris


Doktor Ini Kongsikan Makanan Terbaik Untuk Sahur & Berbuka Puasa Bagi Wanita Hamil


Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan: tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);

Susu atau yogurt rendah lemak.

Sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi: sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera.

Protein daripada ayam, daging atau ikan, kacang pis atau kekacang.

Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh dan, banyak sayur-sayuran.

Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan (indigestion).

Apakah perlu makan sahur jika berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi: nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari.

Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak, dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda mengalami dehidrasi.

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan
Obstetrik & Ginekologi
Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.