Hidangkan Dengan Nasi Panas, Sambal Gesek Penambah Selera Berbuka Puasa - Abang Terlajak Laris


Hidangkan Dengan Nasi Panas, Sambal Gesek Penambah Selera Berbuka Puasa


Perkongsian Puan Mazliza Ahmad,

Bahan-bahan:

1 genggam cili api
Sedikit belacan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu ikan bilis – goreng garing dan tumbuk pecah-pecah
1 biji asam limau

Cara membuat:

1. Tumbuk cili, bawang besar, bawang putih dan belacan hingga pecah-pecah. Jangan lumat.

2. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan masukkan sedikit perasa. Tak perlu tambah garam kalau tak suka masin. 

3. Setelah bahan garing, masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi dan kacau rata.

4. Hidangkn dengan limau nipis, kalau suka masam lebihkan. Makan dengan nasi panas confirm merah telinga.

* Untuk yang tak suka suka pedas sangat, boleh campur cili api dan cili masak. Rasa tetap sedap cuma kurang pedas.

No comments

Powered by Blogger.