Risiko 5 Penyakit Kronik Ini Boleh Dikurangkan Dengan Makan Beras Perang - Abang Terlajak Laris


Risiko 5 Penyakit Kronik Ini Boleh Dikurangkan Dengan Makan Beras Perang


Ramai tidak tahu antara beras putih dan perang, beras perang lebih berkhasiat dan baik untuk kesihatan berbanding beras yang biasa kita jamah.

1. Mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit kardiovaskular

Beras perang mengandungi sebatian yang dipanggil lignans, yang terdapat dalam biji-bijian. 

2. Kencing manis

Beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

3. Kurangkan risiko anda mendapat kanser 

Beras perang mengandungi sebatian botani yang dikenali sebagai total phenolic content,  atau TPC. TPC mempunyai sifat antioksida yang kuat yang dapat melindungi sel-sel anda daripada sejenis kerosakan yang dikenal sebagai tekanan oksidatif, yang mungkin menyumbang kepada beberapa jenis kanser. Kandungan serat yang tinggi membantu mencegah penyakit kanser usus. Serat ini menjaga bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.

4. Diabetis

Kandungan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah yang baik untuk diet. Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Untuk kesihatan, cuba amalkan mencampurkan beras biasa dan segenggam beras perang setiap hari dan nikmati kebaikannya. Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

5. Candida Yeast

Ia adalah fungus atau sejenis kulat yang hidup di dalam mulut dan sistem usus anda. Kandungan beras perang dikatakan dapat memulihkan sistem penghadaman atau usus yang sensitif daripada ‘pertumbuhan berlebihan’ organisma candida ini.

Sumber: Rasa, Wanista

No comments

Powered by Blogger.