Muka Terlalu Berminyak, Cuba Mask Ini Serap Minyak & Cerahkan Kulit - Abang Terlajak Laris


Muka Terlalu Berminyak, Cuba Mask Ini Serap Minyak & Cerahkan Kulit


Petua tradisional ini menggunakan oat yang dapat menyerap minyak adalah langkah bijak dalam mengatasi kulit berminyak. Pun begitu kalau anda rajin, bolehlah mencuba petua yang dikongsikan oleh Cek Ti di facebooknya. Nampak mudah dan paling penting jimat! 

Bahan bahan:

Aloevera
Oat
Beras
Kunyit
Garam
Susu

Masker skrub ni boleh dipakai dimuka dan dibadan tahu. 

Cara pakainya:

1. Bancuh kesemua bahan.
2. Sebatikan dan sapukan dimuka dan badan. Lebih mudah pakai brush masker.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Ambil sedikit air dan gosok (ala ala skrub).
5. Bilas sehingga bersih.
6. Pakai waktu malam sahaja .
7. Buat setiap 3 kali sehari sepanjang cuaca panas.

Kenapa guna 6 bahan ni?

Aloevera – bertindak untuk kurang kesan burn
Oat - serap minyak
Beras -untuk skrub
Kunyit -kawal jerawat/jeragat.
Garam -sebagai detox kulit dan buang resdung muka.
Susu -memutihkan dan lembapkan kulit /buang lebam bawah mata.

No comments

Powered by Blogger.