Peringatan Ibu Mengandung, Tolong Berbuka Kalau Tiba-Tiba Terjadi 6 Perkara Ini - Abang Terlajak Laris


Peringatan Ibu Mengandung, Tolong Berbuka Kalau Tiba-Tiba Terjadi 6 Perkara Ini


Ibu mengandung usah rasa terbeban jika tak mampu berpuasa di bulan Ramadan kerana Islam membenarkan ibu hamil yang tidak berupaya menunaikan puasa dengan menggantikannya dalam bentuk fidyah. Perkara utama yang harus dipertimbangkan terlebih dahulu adalah kondisi dan kemampuan diri sendiri.   

Ada baiknya ibu hamil mendapatkan kaunseling daripada doktor pakar untuk mengetahui kesihatan bayi yang dikandung sebelum berpuasa.

Jika tiada sebarang masalah, ibu hamil perlu menghindari pengambilan minuman kafein seperti kopi, teh dan coklat serta minuman berkarbonat yang dikhuatiri menjejaskan kesihatan ibu serta bayi.

Awas, ibu hamil dilarang berpuasa jika mengalami simptom berikut yang memerlukan rawatan segera daripada doktor!

1. Sakit kepala.

2. Terganggu dengan pergerakan bayi berlebihan.

3. Bayi tidak bergerak.

4. Ibu berada dalam keadaan letih, pengsan atau tertekan.

5. Kehadiran kontraksi yang keterlaluan.

6. Rasa dahaga yang berpanjangan yang juga petanda dehidrasi.

No comments

Powered by Blogger.