Petua Berkesan Turunkan Berat Badan Dengan Habatussauda - Abang Terlajak Laris


Petua Berkesan Turunkan Berat Badan Dengan Habatussauda


Perkongsian oleh Sumaiyah Abdullah,

Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.

Bahan:

2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.

Cara:

1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.

2- Esok paginya,rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.

3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.

4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.

5- Kacau rata, dan siap.

6- Sedia untuk diminum. Memang best nau-nau rasa dia. Haruum gitew. Lembuuut je bila masuk mulut. Aishh. Korang rasalah sendiri.

Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.

Selain untuk turunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selsema. Ciksu dah try bagi kat anak. Alhamdulillah, batuk reda walaupun baru sekali minum.

No comments

Powered by Blogger.