Resepi Buah Gula Melaka Yang Mudah Dan Sedap - Abang Terlajak Laris


Resepi Buah Gula Melaka Yang Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
2 biji gula melaka yang saiz kecil
1 cawan air atau air secukupnya
Kelapa parut
Sedikit garam
Daun pandan
Serbuk pewarna yang dibenarkan

Cara penyediaan

1- Gula melaka dipotong kiub kecil.

2- Gaulkan kelapa kering dengan sedikit garam sehingga rata, ketepikan.

3- Satukan tepung pulut, tepung gandum, sedikit garam dan sedikit pewarna hijau dalam satu bekas.

4- Bancuh tepung dengan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati sehingga boleh digentel dan tidak melekat di tangan.

5- Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.

6- Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.

8- Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Angkat kuih yg dah timbul dipermukaan air dan toskan di dalam tapis.

9- Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments

Powered by Blogger.