Resepi Mudah Akok Pandan Kedut Rasa Lebih Kurang Sama, Memang sedap - Abang Terlajak Laris


Resepi Mudah Akok Pandan Kedut Rasa Lebih Kurang Sama, Memang sedap


Perkongsian oleh Sazatul Fitri,

Tekak nak makan kuih akok pandan kedut. Nak pergi Kelantan jauh sangat, jadi kita buat sendiri & rasa pun lebih kurang sama, memang sedap. Cuma pakai acuan cupcake & oven ja. 

Resepi pun simple.

(Untuk 12 biji. Kalau nak banyak gandakan sukatan)

3 biji telur 
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen perisa pandan 
Garam secubit 
Santan 200ml

*Gula Melaka 1 cawan (Kalau suka manis lebih kan) + air 1 cawan + daun pandan masak dulu. Pastu blend sekali semua bahan, tapis.

Sapu minyak dalam acuan, tuang setengah. Bakar 20 minit suhu 180 api atas bawah.

*Time bakar tu mohon kuat sebab bau dia wangi sedap semerbak!

No comments

Powered by Blogger.