Resipi Unik Kuih 'Kuba Guling' Atau 'Kerbau Guling' Viral - Abang Terlajak Laris


Resipi Unik Kuih 'Kuba Guling' Atau 'Kerbau Guling' Viral


Kuih yang sedang viral sekarang. Kuih ini bukan saja memiliki nama unik, malah rasa enak menjadi tarikan setiap kali Ramadan di kalangan penduduk tempatan di Rantau Panjang, Kelantan. Kuih berasal dari Thailand itu dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam mempunyai tekstur lembut dan dimakan bersama kelapa parut.

Bahan

250gm tepung beras
200gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh kapur makan
3 sudu besar tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Tempurung bakar (diambil air hitamnya & tapis)pastikan tempurung bersih.
Air 1liter setengah (bergantung pada kepekatan)
Secubit garam

Cara

1. Masukkan semua bahan diatas dalam kuali. 

2. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.

3. Lepas sebati buka api gas, kacau perlahan lahan &api sederhana. Kacau sampai likat.

4. Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak terlebih dahulu & tuangkan tepung ke dalam loyang tadi. Bila dah sejuk potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang digaulkan sedikit garam.

Dah siap!

p/s: Tempurung yang dah siap bakar kena tumbuk dan msukkan air tapis guna kain tau. Optional boleh gunakan serbuk arang ada jual kat bakery.

Resipi: Tengku Zaharah

No comments

Powered by Blogger.