Sup Ayam Halia Lada Hitam, Elok Untuk Buang Angin - Abang Terlajak Laris


Sup Ayam Halia Lada Hitam, Elok Untuk Buang Angin


Hidangan ini sangat sesuai untuk mereka yang kurang sihat atau dalam pantang. Boleh panaskan badan dan perut.

Bahan-bahan :

Ayam satu mangkuk sup kecil
Serai sebatang di potong dan diketuk
Halia dihiris
1 sudu makan lada hitam
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah dan
beberapa ulas bawang putih
sedikit daun bawang
1 sudu gula
garam secukupnya

Cara-cara:

Masakkan air sehingga panas.
Tumbuk bawang merah putih dan lada hitam, masuk kan serai, halia, bahan tumbuk, ayam garam gula, tutup dan biarkan ia masak, selepas ayam sudah masak masukkan  bawang putih dan daun bawang siap dimasak.

Selamat Mencuba!

No comments

Powered by Blogger.