Tak Elok Makan Telur Separuh Masak? Ini Penjelasan Pakar - Abang Terlajak Laris


Tak Elok Makan Telur Separuh Masak? Ini Penjelasan Pakar


Tapi tahukah anda, telur mentah dan telur separuh masak sebenarnya tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak di bawah usia lima tahun, warga emas dan mereka yang mempunyai sistem imunisasi lemah terutamanya ibu hamil. Agaknya kenapa ya?

Pakar perunding Obstetrik & Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr. Imelda Balchin telah mendedahkan dua sebab telur separuh masak perlu dielakkan oleh golongan berkenaan. Dari segi khasiat, protein telur mentah tidak boleh dihadam sepenuhnya. Telur mentah juga merupakan pembawa kuman Salmonella. 

"Apabila kita makan telur masak, 90% protein boleh dihadam oleh usus manusia, tetapi apabila kita makan telur mentah hanya 50% daripada protein telur mentah boleh dihadam. Dari segi khasiat, telur mentah itu tak elok untuk kita.

"Bakteria Salmonella didapati dari usus dan tahi ayam. Ia boleh masuk ke dalam telur semasa ayam bertelur dan sebelum kulit telur menjadi keras,” kata Dr.Imelda dalam satu kenyataan di Facebook.

Foto: Batam.tribunews

Selain itu, Dr. Imelda juga menjelaskan bahawa telur mentah sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk bagi menghalang pembiakan bakteria Salmonella. Kalau anda nak tahu, bakteria ini boleh menyebabkan penyakit serius seperti keracunan, keguguran atau kematian janin. Takutnya!

Pesanan penulis, bagi anda yang sedang hamil harus mengelakkan daripada makan telur separuh masak ini ya! Selain itu, para ibu jangan beri telur separuh masak kepada anak kecil anda, berilah makanan berkhasiat yang lain. Lebih baik mencegah daripada kita menyesal satu hari nanti!

Sumber: mStar

No comments

Powered by Blogger.