Tak Ganti Lagi Puasa Tahun Lepas, Ini Cara Mudah Bayar Fidyah Online - Abang Terlajak Laris


Tak Ganti Lagi Puasa Tahun Lepas, Ini Cara Mudah Bayar Fidyah Online


Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Untuk kiraan: Klik Kalkulator Fidyah


Lepas tu, masukan berapa hari yang tinggal puasa, nanti akan keluar berapa jumlah bayaran fidyah yang wajib dibayar.

1. Login masuk maybank2u.

2.  Klik Accounts & banking.

3. Pilih Bill payment.

4. Lepas tu pilih Make a one-off payment.

5. Klik pada drop box dan pilih Zakat & charity.


6. Klik continue.

7. Pilih Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP dan continue.


8. Dekat type of zakat pilih Fidyah dan masukan jumlah yang wajib di bayar tadi.


9. Semasa buat bayaran tu NIAT: 

"Ini zakat fidyah yang wajib bagi saya pada tahun ini sebanyak RM__ kerana Allah Taala."

Sumber: www.athirahassin.com

No comments

Powered by Blogger.