10 Perkara Yang Kita Suka Sangat Setiap Kali Raya - Abang Terlajak Laris


10 Perkara Yang Kita Suka Sangat Setiap Kali Raya


Setiap tahun, inilah perkara-perkara wajib yang paling kita suka semasa Hari Raya. Kalau salah satunya tak ada, Hari Raya tak akan sempurna. Betul tak?

1. Cuti panjang

Bila raya datang, cuti pun panjang! Walaupun kerajaan dah bagi dua hari cuti free, kita akan tambah lagi dua tiga hari cuti supaya dapat sambut raya lama sikit. 

2. Dah tak payah puasa

Mengaku sajalah, kita semua happy Syawal tiba sebab kita dah tak perlu berpuasa bukan? Tak perlu lagi bangun sahur pukul 5 pagi, tak perlu lagi menahan lapar dan dahaga, dan tiada lagi irama keroncong dalam perut. 

3. Balik kampung

Kalau tiada Hari Raya, mungkin agak payah untuk kita jenguk sanak saudara di kampung. Jadi, inilah masa terbaik untuk kita amalkan budaya kunjung-mengunjung bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. 

4. Baju baru, kasut baru, semua baru!

Walaupun poket sedikit nipis setiap kali Hari Raya, hati kita akan berasa riang dan gembira sebab dapat pakai baju baru, seluar baru, kasut baru, dan banyak lagi benda baru. 

5. Duit Raya

Tak kiralah sama ada pemberi atau penerima, masing-masing merasakan inilah salah satu perkara yang mesti ada sewaktu menyambut Hari Raya bersama sanak saudara. 

6. Makanan, makanan, dan makanan!

Selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, bulan Syawal hadir dengan pelbagai makanan yang menjadi idaman kita semua. Kadang-kadang makanan ini hanya dapat kita rasa setahun sekali. 

7. Open house

Ya, lagi satu sebab kenapa kita suka sangat Hari Raya. Dengan makanan yang sedap-sedap ditambah lagi dengan openhouse yang kawan-kawan dan saudara mara adakan, Hari Raya akan jadi lebih meriah. 

8. Family time

Harus diakui, ramai yang berasa agak sukar untuk dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama ahli keluarga pada bulan-bulan lain. 

9. Masa dengan kawan-kawan

Masa Hari Raya juga, kita turut tidak melepaskan peluang untuk meluangkan masa dengan sahabat handai. Yang dah bertahun-tahun tak jumpa tiba-tiba boleh muncul semula, silap-silap siap datang dengan 'pakej' anak bini ataupun suami. 

10. Banyak filem baru muncul di kaca TV

Sesetengah orang menjadikan alasan ini untuk tidak pergi menonton wayang. Ini kerana setiap kali Hari Raya, mesti banyak filem baru yang muncul. 

No comments

Powered by Blogger.