3 Tanda Sakit Apendiks Mungkin Akan Berlaku Tanpa Anda Sedar - Abang Terlajak Laris


3 Tanda Sakit Apendiks Mungkin Akan Berlaku Tanpa Anda Sedar


Kedudukan apendiks terletak pada hujung usus besar dan kecil. Apabila sakit apendiks ini menyerang, anda tidak boleh mengambil ubat-ubatan biasa yang dijual di farmasi, sebaliknya ia memerlukan rawatan penuh di hospital. Paling ngeri jika apendiks itu pecah. Ia akan membahayakan nyawa!


1. Sakit pada bahagian abdomen

Anda akan berasa sakit yang pedih dan terasa bengkak pada bahagian bawah kanan perut. Jika anda menggeliat, berjalan dan duduk, anda akan rasa tidak selesa. Malah, sakit tersebut boleh menular ke bahagian belakang badan dan pelvis. Untuk pengetahuan anda, rasa sakit tersebut akan datang secara berterusan sehingga mengganggu aktiviti seharian anda.

2. Loya, muntah dan hilang selera makan

Simptom kedua ini sama seperti jika anda mengalami keracunan makanan. Apabila apendiks menyerang ia boleh menyebabkan anda hilang selera makan dan memberi impak kepada sistem saraf. Secara tidak langsung juga, anda akan terasa loya dan ingin muntah. Rasa ketidakselesaan ini adalah disebabkan oleh apendiks anda yang terkena jangkitan dan berlarutan hingga meradang.

3. Demam

Tanpa rasa sakit tekak, batuk atau selesema, tiba-tiba anda terkena demam. Apendiks yang terkena jangkitan boleh menyerang sistem imunisasi badan dan menyebabkan anda demam dengan suhu badan sebanyak 37 dan 38 darjah Celcius.

Apabila anda mengalami semua tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor.

Sumber: Prevention, Healthline

No comments

Powered by Blogger.