4 Cara Mudah Rebus Telur Setengah Masak Gerenti Menjadi - Abang Terlajak Laris


4 Cara Mudah Rebus Telur Setengah Masak Gerenti Menjadi

Cara Memasak Telur Setengah Masak

1. Mula-mula didihkan air di dalam periuk kecil di atas dapur api. Kuantiti air agak-agak telur boleh terendam sepenuhnya.

2. Setelah air betul-betul mendidih, matikan api dan masukkan telur (2 hingga 4 biji telur).

3. Mulakan kiraan dengan stopwatch. Boleh guna timer, jam atau apps stopwatch di handphone masing-masing. Biarkan rendaman telur selama 7 minit. (Nota : Maksimum 8 minit)

4. Setelah 7 minit, angkat dan buang air panas tersebut. Gantikan dengan air sejuk dan biarkan selama lebih kurang 1 minit untuk sejukkan telur (menghentikan proses telur masak).

5. Telur sudah sedia untuk dihidang.Boleh dimakan begitu sahaja atu dengan tambahan sedikit garam, lada sulah mahupun kicap.


Tips kiraan masa

Sebenarnya, kita boleh anggarkan sendiri bagaimana keadaan telur yang kita mahu. Saya kongsikan di sini tips kiraan masa. Bolehlah anda anggarkan masa untuk memasak telur mengikut selera anda.

2-3 minit untuk yang suka putihnya cair dan kenyal sedikit
4-5 minit putih dah mula kenyal tapi kuning masih cair
6-7 minit putih n kuning mula kenyal
8-10 minit telur dah mula masak
Lebih 10 minit dah keras

Sumber: yourfabulousmama.net

No comments

Powered by Blogger.