4 Cara Betul Menggunakan Sapuan Pemerah Pipi Mengikut Bentuk Wajah - Abang Terlajak Laris


4 Cara Betul Menggunakan Sapuan Pemerah Pipi Mengikut Bentuk Wajah


Ramai di antara kita yang memakai pemerah pipi tetapi kadangkala tidak betul dan terlebih pula. Ini 4 teknik aplikasi dan juga mengikut bentuk wajah anda.

1. Aplikasi klasik


Aplikasi: Sapukan pemerah pipi di bahagian atas tulang pipi anda. Bermula dari anak rambut dan ratakan ke depan sehingga ke puncak tulang pipi.

Bentuk wajah: Sesuai untuk semua bentuk wajah.

Hasil: Natural dan memberi definisi kepada pipi anda.

2. Healthy glow


Aplikasi: Sapukan pemerah pipi di puncak tulang pipi anda di dalam gerakan membulat. Jangan terlalu pekat ya!

Bentuk wajah: Sesuai untuk mereka yang berwajah panjang; cara ini ‘melebarkan’ wajah & berwajah triangular; bahagian atas wajah tidak lagi menjadi fokus.

3. Highlighter


Aplikasi: Sapukan pemerah pipi di bahagian atas tulang pipi (jangan sehingga memasuki kawasan bawah mata). Kemudian ratakan ke atas ke arah tepi dahi.

Bentuk wajah: Sesuai untuk semua bentuk wajah.

4. Sculpting


Aplikasi: Mulakan sapuan di bahagian anak rambut (di tengah-tengah telinga) dan ratakan sehingga ke mulut bagi memberi bentuk kepada pipi.

Bentuk wajah: Sesuai untuk mereka yang berwajah bulat dan square kerana ini memberi ‘kepanjangan’ kepada wajah dengan mengurangkan saiz pipi.

Sumber: Hijabista

No comments

Powered by Blogger.