4 Tip Untuk Mudah Berbahasa Inggeris - Abang Terlajak Laris


4 Tip Untuk Mudah Berbahasa Inggeris


Tak semua orang fasih berbahasa Inggeris dengan lancar disebabkan beberapa faktor. Disebabkan itu, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2007, Dr. Amalina Bakri memberi beberapa tips yang anda boleh praktikkan hingga berjaya fasih berbahasa Inggeris.

1. Berlatih


Jelasnya, berlatih berbahasa Inggeris adalah penting bagi meningkatkan keyakinan diri walaupun ada yang menggelar anda sebagai ‘berlagak’.

2. Kemudahan internet


Tak dinafikan kita mudah mendapat akses internet dalam dunia serba maju ini. Gunakan kemudahan ini untuk anda lebih fasih berbahasa Inggeris dengan berkomunikasi rakan-rakan dari negara lain seperti United Kingdom atau Amerika Syarikat.

3. Tonton drama atau filem Inggeris


Selain itu, tonton drama atau filem Inggeris, dengar muzik Inggeris membantu anda untuk mendalami bahasa Inggeris dengan lebih mudah.

4. Belajar dari kesilapan


Malah, anda juga harus memberi ruang kepada diri sendiri untuk belajar dari kesilapan dan memberi rakan membetulkan anda jika terdapat kesalahan.

Sumber: Vitdaily

No comments

Powered by Blogger.