5 Kesilapan Yang Sering Kita Lakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri - Abang Terlajak Laris


5 Kesilapan Yang Sering Kita Lakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri


Dalam menyambut hari raya, mungkin kita perlu renungkan beberapa permasalahan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita. Inilah kesilapan yang sering dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri.

1. Pakaian Wanita

Kebiasaan dalam masyarakat kita, apabila tiba hari raya, maka di situlah segala penampilan menonjol dipamerkan. Apatah lagi apabila wanita berpakaian tidak sekadar dengan perhiasan yang menarik perhatian malah mengikut bentuk badan yang jelas mendedahkan aurat.

2. Sentuhan

Budaya masyarakat melayu tidak lari dari amalan bersalaman sama ada sesama keluarga mahupun tetamu. Namun sebagai muslim, kita seharusnya peka dengan batas sentuhan dengan orang lain.

3. Kubur

Meskipun tiada nas yang menunjukkan nabi menziarahi kubur pada hari raya dan tiada hadis yang melarangnya, maka ulama telah berpandangan harus untuk menziarahinya namun mestilah dengan adab yang betul dan tidak melampau.

4. Meninggalkan Solat

Ini sangat serius. Ibadah selama sebulan hanya menjadi sia-sia sekiranya ia tidak memberi sebarang keinsafan semasa hari raia. Bergembira sepanjang aidilfitri tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan solat.

5. Dosa Bertempoh

Apa yang dimaksudkan ialah maksiat yang tertangguh semasa bulan ramadhan dilakukan semula selepas bulan tersebut. Ini termasuklah menyambung balik permusuhan, atau kembali melakukan maksiat, berkata yang mendatangkan dosa, mengumpat, berbohong, chating yang mengundang syahwat, dan banyak lagi.

No comments

Powered by Blogger.