5 Tip Tambah Air Ketuban bagi Ibu Mengandung - Abang Terlajak Laris


5 Tip Tambah Air Ketuban bagi Ibu Mengandung


1. Jangan Stres

Stress tidak baik untuk kesihatan terutamanya ibu mengandung kerana dibimbangi bayi bakal mengikuti emosi ibu pada waktu itu. Tenangkan fikiran dan perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah agar dilindungi bayi dalam kandungan.

2. Bedrest

Maksudnya berehat di katil. Tak perlu mengemas rumah, memasak bagai. Masa ini lah ibu boleh uji kasih sayang dan perhatian suami. Suami yang sayang isteri dan anak, tak salah kan time ni tunjukkan keprihatinan. Tapau makanan dan tolong kemas rumah.

3. Banyakkan minum air

Terutamanya air kosong bagi mengelakkan dehidrasi. Maklumlah, cuaca kan tak menentu. (Air Zam Zam amat digalakkan)

4. Minum air kelapa

Selain banyak khasiat, air kelapa rasanya memang sedap dan memberi tenaga kepada badan. Nak nak jika minum time matahari meninggi dan bulan puasa. Perghhhh.. Tapi ingat pesan orang tua, awal kehamilan tak boleh minum air kelapa.

5. Makan tembikai 

Tembikai sangat enak dimakan begitu saja. Buat jus pun best juga. Ibu hamil digalakkan makan tembikai untuk tambah air ketuban. Doktor pun ada bagi cadangan yang sama tika saya mengandung dulu.

Sumber: Hamil Dalam 3 Bulan

No comments

Powered by Blogger.