5 Tips Elak Pembaziran Di Hari Raya - Abang Terlajak Laris


5 Tips Elak Pembaziran Di Hari Raya


Jika anda inginkan lebih penjimatan, berbelanjalah pada saat-saat akhir. Kebiasaannya, untuk menghabiskan stok, peniaga akan menawarkan potongan harga dan kadar diskaun yang amat tinggi. 

Perancangan awal amat penting, terutama sekali untuk perjalanan pulang ke kampung. Jika anda menggunakan pengangkutan awam, tiket akan menjadi lebih mahal pada saat-saat akhir. Untuk lebih penjimatan, tempah tiket anda secara berkumpulan. Kadang-kala,ia melayakkan anda untuk mendapat diskaun.

Anda juga boleh berjimat jika anda memandu sendiri. Jika anda mempunyai rakan-rakan yang menuju ke destinasi yang sama, kongsi kenderaan untuk menuju ke destinasi anda. Jangan lupa untuk sediakan pelan alternatif untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

Dari perspektif yang lain, rancang juga perbelanjaan untuk kuih raya. Anda tidak perlu menyediakan atau membeli semua kuih raya yang anda inginkan. Rancanglah bersama keluarga anda, dengan setiap orang menyediakan sejenis kuih. Dengan cara tersebut, anda akan dapat menikmati berbagai jenis kuih pada kos yang lebih rendah.

Bagaikan menjadi satu tradisi, setiap kali Aidilfitri menjelang, akan ada kecenderungan untuk menukar perabot dan pakaian baru. Apa kata pada tahun ini, tukar cara perbelanjaan anda dengan  menyuai padankan pakaian dan ubah tatarias rumah anda untuk menimbulkan suasana serba baru.

Sumber: comparehero.my

No comments

Powered by Blogger.