7 Tip Siang Sotong Kembang Jadi Lebih Sedap, Lembut Dan Tak Berbau - Abang Terlajak Laris


7 Tip Siang Sotong Kembang Jadi Lebih Sedap, Lembut Dan Tak Berbau


Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya. Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.

Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:

1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.

2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.

4 batang serai
2 ini halia
1 labu bawang besar,
1 inci lengkuas,
5 ulas bawang putih.

Kesemua bahan tadi di potong-potong.
Letak sedikit garam

3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.

4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong.

5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.

6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.

7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.

Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.

Sumber: Mariberkongsi

No comments

Powered by Blogger.