Berat Badan Naik Lepas Raya, Amalkan Jus Kurus Buah Super Sedap Ini - Abang Terlajak Laris


Berat Badan Naik Lepas Raya, Amalkan Jus Kurus Buah Super Sedap Ini


Jus daripada buah-buahan yang dihasilkan oleh saudari Mar Ziana di facebooknya ini memang superb! Dah la baik untuk menguruskan badan, sedap pulak tu. Jom kita ikuti langkah yang dikongsikannya.

Bahan-bahan:

1 biji epal hijau
1 biji sunkist
1 lobak merah
1 inci halia
1 cawan air sejuk
1 sudu madu - Kalau nak tambah masa minum. (Mar tak tambah sebab manis sunkist tu pun dah sedap je minum)

Cara cara:

1. Masukkan semua bahan kecuali madu dan blender sampai halus.

2. Tak payah tapis, minum guna sudu, minum hempas buah tu barulah kenyang lama sikit. Lagipun banyak khasiat buah pada hampasnya. Rugi la kalau tapis.

3. Minum 1 cawan setiap hari, baki simpan dalam peti sejuk.

4. Sebaiknya minum masa perut kosong, sebelum sarapan atau sebelum makan tengahari.

Selamat mencuba.

Sumber: Mar Ziana

No comments

Powered by Blogger.