Cara Mudah Bersihkan Kipas Siling Tanpa Kotorkan Rumah - Abang Terlajak Laris


Cara Mudah Bersihkan Kipas Siling Tanpa Kotorkan Rumah

Untuk membersihkan kipas siling dengan cepat, mudah, dan tidak mengotorkan rumah, kita tak perlu gunakan penyapu siling, tuala, atau kain buruk sebab cara seperti ini akan menyebabkan habuk berterbangan serta mengotorkan lantai. Sebenarnya tak perlu pun apa-apa alatan yang canggih. Tapi apa yang kita perlukan hanyalah 1-2 helai sarung bantal yang dah lama.

1. SPRAY CUKA PADA SARUNG BANTAL

Mula-mula, sediakan 1-2 helai sarung bantal lama. Kemudian, bancuhkan 2 sudu besar cuka dengan sedikit air biasa. Kemudian, masukkan bancuhan air ini ke dalam botol spray. Seperti yang kita tahu, cuka memang biasa digunakan sebagai agen pembersih kerana mempunyai sifat berasid dan antibakteria. Semburkan ke bahagian dalam sarung bantal yang dah lama. Sembur secukupnya hingga agak lembap. Kalau tak ada cuka atau tak suka pakai cuka, boleh juga guna agen pencuci lain macam sabun pencuci.

2. SARUNGKAN PADA BILAH KIPAS

Kemudian, bersedialah untuk memanjat tangga dan membersihkan bilah-bilah kipas. Sarungkan sarung bantal yang dah disembur dengan cuka tadi pada bilah kipas pertama.


3. KESAT HABUK SAMPAI BERSIH

Bila dah sarungkan, inilah masanya untuk anda kesatkan habuk-habuk pada kipas hingga tertanggal. Kalau kita guna sarung bantal begini, semua habuknya akan jatuh dan terperangkap dalam sarung bantal. Jadi, habuknya takkan berterbangan dan tak mengotorkan ruang.


4. ULANG HINGGA PUAS HATI

Ulangi pada bilah-bilah kipas yang seterusnya hinggalah anda puas hati.

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.