Cara Cuci 'Peta Dunia' Pada Seat Kereta Tak Sampai RM10 - Abang Terlajak Laris


Cara Cuci 'Peta Dunia' Pada Seat Kereta Tak Sampai RM10

Cara mudah untuk mencuci 'seat' kereta yang hanya menelan belanja kurang dari RM10. Betul ke? Tak percaya? Jom lihat bahan yang diperlukan dan cara-caranya:

Bahan-bahan:

2 sudu makan cuka (mana-mana cuka. Tapi seeloknya cuka buatan putih kerana baunya yang kurang menyengat dan lebih murah berbanding dengan cuka epal)
1 sudu teh baking soda
Secawan (kecil) air suam

Cara penyediaan:


1. Bancuh baking soda dan cuka bersama air suam
2. Masukkan campuran bahan tadi ke dalam botol spray
3. Spray rata pada 'seat'yang kotor (jarak 6-8 inci dari seat)
4. Gosok bahagian yang kotor menggunakan berus lembut atau berus gigi sehingga bersih
5. Lap dengan menggunakan kain bersih yang sudah dibasahkan dengan air suam.
6. Ulang langkah 3-6 sehingga betul-betul bersih.
7. Keringkan menggunakan vacuum atau guna tuala 'microfiber' sehingga kering.

Mudah sahaja kan? Yang penting jangan putus asa. Ianya mungkin mengambil sedikit masa namun anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti.

No comments

Powered by Blogger.