Hati Hati Beli Lemang Supaya Tak Tertipu, Ikut 5 Tip Ini - Abang Terlajak Laris


Hati Hati Beli Lemang Supaya Tak Tertipu, Ikut 5 Tip Ini


Sebelum anda ingin membeli lemang, perhatikan 5 perkara ini untuk elakkan dari ‘terkena’ ketika membeli lemang.

1. Pilih gerai yang bakar lemang dengan kayu yang banyak

Ini paling penting kerana ia membuktikan lemang tersebut dibakar dan dimasak di situ. Bukan dimasak atau dikukus di tempat lain sebelumnya.

2. Pilih lemang saiz sederhana

Lemang yang bersaiz besar akan cenderung untuk tidak masak dan mentah di bahagian tengah. Manakala lemang yang bersaiz terlalu kecil pula akan mudah garing dan keras setelah dibakar.

3. Minta penjual belah bahagian bawah lemang

Selalunya penjual hanya akan membelah di bahagian atas lemang untuk ditunjukkan pada pembeli. Namun apabila dibawa pulang, lemang tersebut tidak masak sepenuhnya. Jadi, untuk pastikan anda tidak ditipu, minta penjual membelah bahagian bawah lemang.

4. Jangan beli lemang di gerai yang bakar guna kayu pallet

Ramai yang tidak tahu abu kayu pallet sangat berbahaya untuk kesihatan. Kayu pallet sebenarnya telah disalut dengan bahan kimia bagi mengelakkan dimakan anai-anai. Jadi apabila dibakar, bahan kimia tersebut akan mudah termasuk di dalam lemang.

5. Perlu tahu cara simpan lemang dengan betul

Anda dinasihatkan supaya meletakkannya lemang secara terbalik. Ini kerana minyak yang berada di bahagian atas lemang akan menyebabkan ianya mudah basi.

Sumber: Vitdaily

No comments

Powered by Blogger.