Ikan Cencaru Bakar Manis Untuk Berbuka Puasa - Abang Terlajak Laris


Ikan Cencaru Bakar Manis Untuk Berbuka Puasa


Bahan bahan

1 kg ikan cencaru - Bersihkan dan belah 
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup 
1 inci belacan
1 keping gula melaka
2 sd makan garam halus
3 sd besar asam jawa 
3 sd besar cili kisar
3 ulas bawang merah dihiris nipis

Cara cara

Tumbuk garam halus dengan kunyit hingga lumat.
Masukkan bawang merah dan bawang putih dan tumbuk kasar.
Masukkan belacan dan tumbuk lagi.
Pindahkan bahan tumbuk kedalam bekas dan masukkan cili boh.
Asam jawa dan bawang merah hiris tadi dan gaul sebati.
Sumbat bahan tumbuk tadi kedalam ikan dan perap.
Bakar hingga masak tapi jangan terlebih masak tak sedap.

Resepi: Ummi Ha Na

No comments

Powered by Blogger.