Kuah Kacang Sedap Untuk Hari Lebaran - Abang Terlajak Laris


Kuah Kacang Sedap Untuk Hari Lebaran


Bahan bahan:

1kg kacang tanah - di goreng & blend kasar 
1 cawan gula pasir (bole tambah) 
2 keping gula Melaka 1 cawan air asam jawa Garam secukup rasa

1 cawan minyak

Bahan dikisar: 

7 bawang merah besar
9 ulas bawang putih 
1 inci halia 1 inci lengkuas 
5 batang serai 21 Lada kering direbus
8 biji buah keras 

Cara-cara:

Kacang tanah digoreng, sejukkan & dikisar kasar. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga garing dan naik minyak. Masukkan gula pasir, gula melaka, air asam, masukkan kacang tanah letak garam, kacau guna api perlahan.

Letak air jika perlu. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Jika kurang boleh tambah bawang kisar lagi & gula, masaklah sehingga mendidih dan pekat. Setelah terbit minyak, angkat dan dihidangkan dengan nasi impit.

Nota: Boleh simpan lama dalam bekas berrtutup dan simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. Boleh juga letak daging, 200 gram daging dipotong kecil dicuci dan direbus sehingga empuk. Jika Ayam guna isi saja dan digrill hingga masak baru masuk dalam kuah kacang, ditambah 2 sdb serbuk jintan.

Resepi: AzahKumasi

No comments

Powered by Blogger.