Nak Hilangkan Jeragat? Boleh Cuba Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Nak Hilangkan Jeragat? Boleh Cuba Petua Ini


Tapi ini diamalkan oleh Shima Shari,

Biasa duk dengar cuka epal ni orang minum untuk kuruskan badan tapi cuka ni juga boleh hilangkan jeragat tau. Bila dah jeragat ni menempel dan bertompok kat muka, memang stress la nak hilangkan dia kan. Cuba guna cuka epal ni.

Cara dia pun mudah je ni.

Bahan-bahan:

1 sudu cuka epal
1 sudu air suam
Kapas

Caranya:

1. Campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk, lepas tu kacau sebati.
2. Ambil kapas, rendam sikit dalam air tu dan sapukan pada muka.
3. Biarkan seketika dan bilas. Sebelum tu kena la bersihkan dulu muka tu.
4. Amalkan setiap hari untuk kesan yang lebih cepat.

Cuka epal ni bagus untuk jeragat, sebab dia bersifat antiseptik yang akan menyingkirkan bakteria dari jeragat dan menyucikan kulit muka.

Cuba tau!

No comments

Powered by Blogger.