Rahsia Orang Cina Makan Kaki Ayam, Ini Kelebihannya Anda Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


Rahsia Orang Cina Makan Kaki Ayam, Ini Kelebihannya Anda Kena Tahu


Kajian oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University in Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Penyelidikan di universiti ini juga mengesahkan kaki ayam sebagai sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Kolagen yang kita ketahui adalah sumber untuk kulit awet muda.

Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfate. Asid hyaluronik boleh menghalang kesan penuaan. Chondroitin sulfate adalah baik untuk osteoartritis, orang yang mengalami masalah sendi.

Kolagen & Kebaikannya

Kolagen digambarkan sebagai protein yang berfungsi sebagai gam yang ‘menyatukan badan kita bersama’. Faedah bukan hanya untuk kulit tetapi juga untuk jantung.

Kulit lebih sihat dan muda.

Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.

Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.

Melambatkan kesan arthritis.

Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Sumber: Wanista

No comments

Powered by Blogger.