Rebutlah 7 Amalan Sunnah Ini Di Bulan Ramadan - Abang Terlajak Laris


Rebutlah 7 Amalan Sunnah Ini Di Bulan Ramadan


BERSAHUR- Sabda Rasulullah SAW: “Bersahurlah kalian, karena pada sahur itu ada keberkatan.” (HR. Bukhari)

BANYAKKAN BERDOA- Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Ibn Majah)

BERSEDEKAH- “Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR Nasa’i dan Tirmidzi)

SEGERAKAN BERBUKA- “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka.” (HR Bukhari dan Muslim)

MENGINGATKAN KEPADA KEBAIKAN- Barang siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan mengamalkannya maka Allah sudah tidak lagi memerlukan dia meninggalkan makanan dan minumannya.” (HR Bukhari)

TAHAN MARAH- “Puasa adalah perisai. Maka janganlah dia berkata-kata kotor dan berbuat bodoh. Apabila ada orang lain yang memerangi atau mencacinya, hendaklah dia katakan, ‘Aku sedang puasa’ (dua kali).” (HR Bukhari)

HIDUPKAN 2/3 MALAM- Daripada ‘Aisyah RA, beliau menyatakan bahawa apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain sarungnya, menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya. (Sahih al-Bukhari).

No comments

Powered by Blogger.