Rendang Udang Galah, Makan Dengan Pulut Kuning Pun Sedap! - Abang Terlajak Laris


Rendang Udang Galah, Makan Dengan Pulut Kuning Pun Sedap!


BAHAN-BAHAN:

700grm udang galah (nak guna udang lain pun boleh) | dibersihkan
2 helai daun kunyit (jika daun besar guna 1 helai pun ok) | dihiris halus
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping / asam gelugor
4 sudu besar kerisik
1 biji kelapa akan dapat lebih kurang 1 setengah cawan santan
4 sudu besar cili kisar / cili boh |jika ingin pedas boleh tambah lagi
Garam & gula secukupnya

BAHAN KISAR:

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
1 inci kunyit hidup (cik kuali guna serbuk kunyit)
3 inci halia
1 inci lengkuas

CARA MEMASAK:

1. Udang dibersihkan. Cik kuali guntingkan sedikit muncung depannya & dicuci bersih. Ketepikan seketika udang.

2. Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.

3. Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar & cili boh hingga naik bau / pecah minyak.

4. Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam & gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana.

5. Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.

6. Rasa & masak hingga kuah agak pekat. Cik kuali suka berkuah sedikit tidak terlalu pekat sangat. 

Terpulang pada kehendak masing-masing. Jika ok, padamkan api & hidangkan.

Resipi: hanguskualisaya.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.