Sambal Tumbuk Petai & Ikan, Pembuka Selera Berbuka Puasa - Abang Terlajak Laris


Sambal Tumbuk Petai & Ikan, Pembuka Selera Berbuka Puasa


Bahan-bahan:

2 ekor ikan selayang/kembung (goreng)
*1 biji bawang besar
*15 tangkai cili padi
*2 ulas bawang putih
Sedikit garam
Petai-2 papan

Cara membuat:

1. Goreng sekejap bahan bertanda * hingga agak layu.
2. Asingkan ikan dari tulang.
3. Tumbuk semua bahan  yang dah digoreng tadi bersama sedikit garam (jangan hancur sangat).
4. Masukkan isi ikan goreng.
5. Akhir sekali masukkan petai yang dikopek dan tumbuk petai agar pecah.

No comments

Powered by Blogger.