Siakap Bakar Berempah Ringkas Tapi Sangat Sedap! - Abang Terlajak Laris


Siakap Bakar Berempah Ringkas Tapi Sangat Sedap!


Perkongsian oleh Ummu Nazlifa,

Cara nak sediakan ikan bakar berempah ini mudah, cuma sediakan bahan-bahan yang diperlukan saja dan jangan nak tambah ramuan atau rempah-rempah ratus yang lain, nanti rasa ikan bakar berlainan dari apa yang kita inginkan.

Bahan-bahan :

1 ekor ikan (saya guna siakap) 
1 sudu besar cili kisar
3 batang serai
3 biji bawang merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
(Tambahkan lada jika ingin rasa yang pedas)

Cara-cara :

1. Bersihkan ikan dan kelar. Gaul semua bahan kisar dan perap pada ikan selama 20 minit.

2. Lumur sedikit minyak pada permukaan ikan dan bakar sehingga ikan masak sambil renjis minyak pada ikan. 

3. Angkat dan sedia dihidangkan dengan pencicah air asam/kicap atau sambal.

No comments

Powered by Blogger.