5 Keburukkan Suka Makan Organ Dalaman Haiwan - Abang Terlajak Laris


5 Keburukkan Suka Makan Organ Dalaman Haiwan


Nabi kita Rasullah s.a.w pun tidak menggalakkan kita makan organ dalaman haiwan. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

Antibiotik tylosin
Penisilin
Oxytetracycline
Kanamycin

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat.

Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walaupun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

Hati
Paru-paru
Perut
Hempedal
Buah pinggang
Jantung
Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
Telur ikan

Sumber: Aliff Channel

No comments

Powered by Blogger.