Usah Rasa Rendah Diri Berbadan Pendek, Ini 5 Kelebihan Anda Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


banner-cikgu-01

Usah Rasa Rendah Diri Berbadan Pendek, Ini 5 Kelebihan Anda Kena Tahu


Nak tahu apa kelebihan bertubuh kecil dan pendek? Mari kita periksa, mungkin ada yang tak perasan.

1. Mudah Mengenakan kasut bertumit tinggi

Anda boleh memakainya dengan mudah. Dan anda pasti setiap masa tampil lebih feminin dan anggun dengan kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh membuat diri kelihatan lebih seksi dan menarik.

2. Boleh cuba pelbagai jenis baju

Bertubuh kecil atau pendek, anda bebas memilih pelbagai jenis baju. Malah anda boleh tetap mencuba baju-baju lama walaupun sudah berusia 20-an. Pelbagai rekaan dan model baju terbaru yang kelihatan hebat dengan mudah anda boleh mengenakannya.

3. Kelihatan awet muda

Mungkin anda masih dikira masih remaja walaupun kini berusia 20-an. Tetapi itu menjadi tanda jika anda selalu kelihatan awet muda. Orang sering salah meneka usia anda. Mereka kerap mengira usia anda masih belasan tahun walaupun sebenarnya usia anda sudah hampir dewasa.

4. Mudah diangkat

Dengan tubuh yang kecil, pasti berat badan juga ringan. Jadi andai kata terjadinya perkara yang tidak diingini seperti sakit, pengsan atau terseliuh, mudah untuk orang yang nak menolong mengangkat/mendukung anda. Bagi lelaki yang mendapat teman wanita atau isteri yang kecil molek, sudah pasti sangat menguntungkan.

5. Mudah mengisi tempat

Naik kenderaan umum, anda boleh mendapatkan tempat duduk dengan mudah. Dengan tubuhmu yang kecil, anda lebih lebih menjimatkan ruang. Ini juga menguntungkan bagi orang-orang di sekeliling. Mereka boleh mendapat tempat yang lebih longgar dengan kehadiran anda.

Sumber: Apakes

No comments

Powered by Blogger.