5 Kesan Stres kepada Ibu & Bayi Dalam Kandungan - Abang Terlajak Laris


5 Kesan Stres kepada Ibu & Bayi Dalam Kandungan


Berikut adalah antara kesan stres pada ibu mengandung serta bayi yang dikandungkan.

1. MUDAH JATUH SAKIT

Penangan stres bertindak menurunkan imuniti sekaligus menjadikan seseorang mudah diserang penyakit. Hal ini bukan hanya berlaku pada ibu mengandung, tetapi perkara yang sama akan turut berlaku pada seseorang yang stres secara umumnya. Tapi bayangkanlah ketika mengandung saja dah macam-macam simptom yang isteri anda lalui seperti sakit badan, sakit kepala, loya, mual dan sebagainya. 

2. RISIKO BAYI KECIL / KURANG BERAT BADAN

Menurut sumber, apabila ibu hamil mengalami stres, tubuhnya akan mengeluarkan sejumlah hormon yang mempengaruhi degupan jantung menjadi lebih cepat berbanding biasa. Perubahan kadar degupan jantung akibat stres ini secara tidak langsung akan menjejaskan sistem peredaran darah dan seterusnya mempengaruhi proses penyaluran nutrisi oleh ibu kepada bayi hingga boleh menyebabkan bayi yang dikandungkan terlalu kecil berbanding usia normalnya.

3. KELAHIRAN PRAMATANG

Dalam keadaan yang lebih kronik, stres juga boleh memicu kelahiran pramatang yang berisiko kepada bayi dan juga ibu. Dalam kes yang tertentu, keletihan atau stres yang melampau boleh menimbulkan pelbagai komplikasi lain serta mengganggu perkembangan bayi hingga menjadi punca keguguran atau kematian bayi dalam kandungan.

4. TERGANGGUNYA PERKEMBANGAN OTAK BAYI

Menurut Mom Junction, stres ibu hamil juga mampu merperlihatkan kesan dalam jangka masa panjang, di mana ia dikaitkan dengan masalah tingkah laku anak yang sukar dikendalikan. Ini adalah disebabkan terganggunya perkembangan otak yang berlaku ketika dalam kandungan. Hal ini tentunya akan mewujudkan komplikasi ketika si anak semakin meningkat usianya.

5. DEPRESI SELEPAS MELAHIRKAN

Kehamilan yang menyukarkan sedikit sebanyak akan membawa perasaan negatif terhadap kehidupan selepas melahirkan. Kemurungan yang tidak dibendung ketika hamil berpotensi menjadi punca postpartum depression yang serius atau ‘meroyan’. Jika semua perasaan risau, kebencian, keletihan dan dendam ditahan-tahan, dikhuatiri satu hari akan meletus juga. 

Sumber: Sirap Limau

No comments

Powered by Blogger.