5 Langkah Mudah Ini Sembuhkan Luka Jahitan Lepas Bersalin - Abang Terlajak Laris


5 Langkah Mudah Ini Sembuhkan Luka Jahitan Lepas Bersalin


Luka jahitan lepas bersalin kena jaga betul-betul supaya tak bernanah ataupun terkoyak balik. Ye laa, luka jahitan tu di bahagian selalu kena air. Lagilah kena jaga elok-elok. Takut nanti lambat sembuh. Cuba amalkan 5 langkah mudah ini supaya luka jahitan cepat sembuh. Biasanya, tak sampai seminggu luka dah kering. 

1. Luka Jahitan Mesti Selalu Kering

Ini adalah perkara yang amat susah untuk dilakukan. Bahagian luka ini selalu kena air. Nak buang air mesti akan terkena luka. Nak mandi pun akan terkena luka juga.

Jadi kita kena sentiasa ada kain bersih dalam bilik air supaya kita boleh lapkan bahagian luka setiap kali lepas membuang air ataupun mandi. Elok letakkan satu tuala kecil dalam bilik air sebab ada orang selalu terlupa nak bawa masuk toilet.

2. Sapu iodin atau minyak gamat

Ubat ini pun elok letak dalam bilik air. Lepas lap kering-kering, anda boleh sapu minyak gamat ataupun iodin (ubat warna kuning). Jangan skip sebab ubat ini bagus untuk sembuhkan luka. Nak lagi cepat, simbah satu tusung ubat iodin di tempat luka setiap kali masuk toilet.

3. Tukar pad dengan kerap

Pad akan sentiasa basah dengan darah, terutamanya masa awal-awal bersalin. Sebab itu lah kena tukar selalu. Di samping takut dijangkiti bakteria, pad yang kering akan memudahkan luka untuk sembuh. Elok guna maternity clothpad. Memang best sebab fabrik dari jenis cotton yang memang menyerap. Jadi, tidaklah basah sangat tempat luka..

4. Rendam dengan air garam

Cara ini memang sakit sikit tapi cepat sembuh! Ambil besen yang agak besar, asal boleh masukkan bahagian luka. Sambil menyangkung dalam bilik air, rendamkan sekali luka. Awal-awal rasa sakit, tapi lama-lama rasa best. Garam adalah antiseptik yang bagus. Cepatlah mati segala bakteria dan juga membantu untuk cepat sembuhkan luka jahitan. Alhamdulillah, memang cepat baik.

5. Makan makanan yang berkhasiat

Makanan yang berkhasiat, terutamanya yang mempunyai zink, protein, dan vitamin C akan membantu mempercepatkan pemulihan luka dan juga membantu untuk mencantumkan semula luka-luka . Sila amakan buah oren untuk cepat sembuh. Dan sayur sawi hijau juga bagus untuk elak sembelit. 

Sumber: Mingguan Wanita

No comments

Powered by Blogger.