Kebanyakkan Lelaki 30 an Selalu Kena 5 Perkara Ini, Yang Terakhir Ramai Sangat Kena! - Abang Terlajak Laris


Kebanyakkan Lelaki 30 an Selalu Kena 5 Perkara Ini, Yang Terakhir Ramai Sangat Kena!


1. Rambut mula gugur

Mungkin beberapa dari anda berpendapat keguguran merupakan masalah kosmetik dan tidak ada hubungannya dengan kesihatan. Tetapi, tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki di akhir usia 20-an mengalami masalah emosi kerana masalah ini, mereka tidak bersedia dengan keguguran dan mengalami krisis percaya diri kerananya. Malahan masalah ini akan mengganggu penampilan seseorang dan membuatkan diri lebih mudah hilang rasa keyakinan terhadap banyak perkara.

2. Kanser prostat

Kanser prostat adalah kanser yang paling umum berlaku pada lelaki, tetapi khabar baiknya kanser ini mudah diatasi. Kira-kira satu daripada enam lelaki pernah mengalami kanser ini dalam hidupnya, dan mereka yang mempunyai ayah atau saudara pesakit kanser prostat biasanya mempunyai risiko dua kali lebih tinggi.

3. Tekanan

Anda pasti tahu hidup tidak lah mudah untuk lelaki dewasa, mereka sibuk menata kerjaya, membahagikan masa dengan keluarga, membesarkan anak. Tetapi, tidak ramai yang menyedari bagaimana tanggungjawab tersebut memberikan tekanan dan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental (kemurungan) dan kesihatan anda secara keseluruhan lebih-lebih lagi sudah tentu ia juga sedikit sebanyak menjejaskan kualiti seks sehingga membawa kepada masalah mati pucuk

4. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi dikenali dengan istilah ” silent killer” kerana penderitanya sering kali tidak menyedari kehadiran penyakit ini. Darah tinggi tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas, walaupun begitu hipertensi menjadi punca kematian berjuta-juta lelaki dewasa di atas usia 20 tahun.

5. Semakin gemuk

Ketika memasuki fasa ini, lelaki mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan.Melambatnya metabolisme tubuh dan tingginya tahap stres merupakan beberapa faktor penyebabnya.

Sumber: Maskulin

No comments

Powered by Blogger.